Friday, June 3, 2011

Hadiff Anaqi


Assalamumulaikum,

Hadif Anaqi.. mami pilih nama ni cause mami suka maksud nama ni..
Hadiff - Yang Mempunyai Matlamat
Anaqi - Yang Menawan Hati

Masa mami tulis nie Hadiff tengah tidur...
Tenang je... sayu mami tengok...
Sayang pada Hadiff melimpah ruah...
belum masuk sebulan hadif dah pandai senyum...
belum masuk dua bulan Hadiff dah pandai mcm baby yg dah 3 bulan...
even hadiff dah kenal botol susu hadiff...
bila mami tunjuk botol tu hadiff dah senyum...

Mami pun xsangka yg satu masa mami bergelar seorang ibu... Syukur ke hadrat Ilahi
kerana diberikan peluang untuk jadi Anak,Menantu,Isteri & Ibu... Mami amat berharap agar dipanjangkan umur untuk jadi Nenek... baru lengkap cycle of life..

Hadiff from bottom of my humble heart... mami doakan Hadiff Anaqi agar menjadi
seorang anak yang taat pada Mami dan Papa... seorang anak yg cerdik dan berdikari..Seorang anak yg kasihkan Allah SWT
dan menjadi seorang anak yg soleh... serta menjadi anak yg menyayangi seisi keluarga... Moga hari yang mendatang Hadiff membesar menjadi seorang Anak yang berjaya dunia dan Akhirat... sentiasa hormat pasa ibu dan bapa.. kerana sejak kecil ibu dan bapa yg menjaga dan mendidik kita... mami xpaham semua ni sehingga mami bergelar seorang ibu... syurga dibawah tapak kaki ibu... indah kata2 nie.. kerana dari lahir hadiff disayangi, dijaga, ditatang bagai minyak yg penuh, dibesarkan tanpa jemu...

Sekian coretan mami... kalau ditakdirkan mami tak sempat melihat Hadiff dewasa... semoga coretan ini dapat hadiff baca nanti...

Mami love u much2...


No comments:

Post a Comment

Follow Me In Twitter ="P

    follow me on Twitter

    aYuaWeSoMe @ podOmatic


    http://podomatic.com/profile/ayuawesome

    My Tabby Boy (",)V